Friday, January 16, 2009

mengingati gaza



gaza i

kata zaynab
airmata dan darah terlalu murah
ketakutan telah ditinggalkan dibelakang
kerana kematian menunggu penuh siaga
di depan.

injaklah tanah kami semahumu
kerana yang pasti latief dan abu abbas
menunggu dengan lastik dan batu.

aku merindukan harum kasturi syahid
dari kedua putra ku...

kuala terengganu
jan 2009

mengaminkan doa khutbah jumaat tadi, rasa macam lain.walhal sudah tiga atau empat kali doa serupa dibaca aku tak terasa macam lain.
ku kesat airmata tergesa-gesa....

Thursday, January 08, 2009

kesah suar kecik

suar kecik cap forest aku telah memasuki usia emas bagi spesisis-spesis yang sewaktu dengannya.berpadanan dengan usianya itu, maka satu kesan artistik luar jangka telah berlaku. ada lubang-lubang.bulat-bulat dan jalur dan panjang-panjang.

mem membebel panjang

"ini adalah manifestasi dunia kehidupan aku yang tak ramah dulu"
aku mempertahankan tindakan.
semakin mem membebel semakin
sayang aku dengan suar kecik tadi

ia memiliki nilai sentimental yang sempurna...