Sunday, April 26, 2009

tiba-tiba kita jadi dekat










musolla berkunci
seorang lelaki bertasyahud
beralas sweater
dengan airmata
yang tak sempat
mengalir
di tangga..

kuala terengganu
jan 2009

Wednesday, April 22, 2009

nasi goreng ikan aya kukus




Nasi goreng ikan aya kukus atau nama penuhnya ikan tongkol satu menu penuh elitis dan sentimental. Gabungan pedas masin dan masam sungguh ‘sempurna’.
Tadi pagi sewaktu suduan pertama masuk ke mulut.Aku kembali ke usia delapan tahun. Bersandar dipapan dinding tak berketam sesekali menyiku dan menguis kaki semek dan bogong.
Aku tak jadi suap lagi.
Aku jadi teringat pada chek.

Saturday, April 18, 2009

Thursday, April 16, 2009

sobat

Setelah 23 tahun.
Tiba-tiba dia muncul. Saiz badan sudah berubah bersekali dengan umur.personaliti banyak berubah dan mewah dengan pengalaman hidup yang pelbagai.
Seorang sobat, segala boleh berubah .
Namun senyumnya tetap sama..

Tuhan memberkati kamu, Amin.

Wednesday, April 15, 2009

masa berkualiti

Memanfaatkan masa berkualiti. adam,fateha dan soleha diajak ke perpustakaan.memasuki ruang kanak-kanak membaca. Ada kanak-kanak meniarap berbaring sambil membaca. Santai sungguh. soleha baca buku puteri-puteri ,fateha menemaninya sambil meniarap. Ada tiga kanak-kanak lain sebaya di satu penjuru. Aku merebahkan badan sedikit. Sambil bertopang kepala. Sekejap semua jadi gelap.
fateha mengejutkan aku tergesa-gesa.
sewaktu beredar pulang kanak-kanak kecil berbisik sesama

“pakcik tu bunyi macam singa”.. ..