Saturday, October 21, 2006

tiga catatan ramadan

nnamat.

”terimakasih cik nah,hantar jugak lauk untuk nnamat”.
”biarlah setahun sekali“.

aku tanya untuk kesibukan yang dibuat- buat. sebagai setiausaha surau aku menjumlahkan hidangan yang dihantar untuk majlis tersebut.fahaman aku ’nnamat’ adalah singkatan menamat ertinya menghabiskan atau mengkhatamkan alquran yang telah ditadaruskan . maka berjujuk-jujuklah tenong @ mangkuk tingkat dan talam di atur didalam surau tadi untuk hidangan berbuka.

”dok susoh ke cik nah“?, aku memesrakan keadaan
cik nah jeling saja.
alis matanya yang tebal itu menjelitakan wajahnya.

manis jugak janda beranak satu ni.
kurus sikit puasa aku hari ini...


nekbat

dipanggilnya nekbat, entah kenapa tapi yang pasti kuih tradisional ini dikuatiri akan pupus jika mengharapkan kemunculannya sekali setahun di musim ramadan. seingat aku gemulah tok adalah antara barisan top ranking expertis dalam pembikinan nekbat kat kampung dulu. tepung dan telur yang diadun atau dikepuk. bunyi kepukan atau adunan persis hentak kaki wataniah di padang kawad. aku sangat terhibur.

seperti akta burung-burung liar 1979 yang diwartakan seharusnya nekbat dan lain-lain kuih tradisi ini perlu juga pada akta bagi menjana kesinambungan hayatnya dari kepupusan...

p/s : ingat semail budu yang digelar nekbat kerana mukanya yang temban...


roti bodo.

roti bodo adalah menu kesukaan yaya bila berbuka.
ianya boleh digandingkan dengan apa saja bagi menghilangkan status bodonya. dengan kopi kaw boleh. dengan sup. dengan kuah gulai. dengan abc apa lagi dengan sekaya atau majerin.

ditempat kami digelar roti bodo kerana ianya roti seroti-rotinya tanpa ada unsur lain yang bergabung. bentuknya yang tinggi segiempat dan ada bonjol sikit kadangkala dipanggil juga roti bata.

kata yaya roti bodo nnyakut sangat..
moral : kebodohan bersifat sementara..

Monday, October 16, 2006

perahu kertas

"aku bersama armada perang pertama
menimba samudera memunggah asin
sebelum bersatu dengan nuh
di bukit yudi..."

entri sulong yang sedikit keterlaluan
tapi masih sopan...