Saturday, August 21, 2010

nota kecil manusia tanpa nama


kasih yang terputus menjarakkan kami sehingga terlontar jauh-jauh dari flat tinggi ke tong sampah, tangga masjid, kaki lima, tepi sungai antara hidup dan sebuah kematian.Hanya cacing, ulat, semut, dan anjing yang mengkhabarkan berita dalam pasrah kami tentang qada dan ketentuan

Tuhan, jangan kau hukumi wanita itu, berikan dia waktu membasuh luka kekhilafan
meski di dunia dia tak memandangku,moga nantinya dia mampu membelai rambutku.

kerana seburuk mana pun wanita itu
aku berazam mencium kedua tangan
seorang wanita bernama ibu
di syurgaMu…

wikunila ms
kuala Terengganu.

Friday, August 13, 2010

ingatan tentang ramadhan iii



tangan ibu dan bekas baulu bersatu dalam ingatan masa lalu. kepul asap dan harum baulu tergantung di rumbia. petang berwarna dengan transitor jiran .
aku ingat mata ibu berkaca menyedia juadah berbuka

bekas baulu tergantung; rak penuh debu
di rumah ibu, aku mencari dapur itu..

Friday, June 18, 2010

tentang ratusan sapi


Seperti selembar pagi aku mengintipmu di kamar.gaun malam yang tergumpal di penjuru menjadikan tiba-tiba aku ingin berbaring di sisi berbantal lenganmu. Kuhafal harum rambut dalam aroma malam yang menggigit belikatku.
nur, akulah narapidana yang tersula masa. Di balkoni para malaikat berdiri memerhati dengan pandang sepi.

Aku telah lama berlari dengan ratusan sapi di saujana padang diri..

Monday, May 17, 2010

asyik.


7.30 am.sewaktu memakir proton iswara di pakir staff . klasik fm mendendangkan lagu dangdut.tanpa mematikan enjin dan kerusi direbahkan sedikit dan mata dipejamkan pelan-pelan. asyik

tiba-tiba cermin sisi diketuk teman.
"nak kerja ke nak tidur weiihh"
tergesa-gesa aku bergegas masuk opis.
dengung dangdut masih tersisa di telinga
kad perakam waktu mengetip jam 8.30.
alasan : bahana dangdut.

p/s : lagu sajian tidak ada kena mengena
dengan yang hidup atau pun mati.

Sunday, May 09, 2010

segalanya tak terkutip di sini, chek.

garing lempeng di kuali
bersatu dengan gema al waqiah
suara ibu tersekat-sekat
dalam kepul asap yang melebat.

kerepek sagu dan daun pisang
menjalari dalam tulang remajaku
tangan ibu yang kesar kematu
di bawah tangan Tuhan Yang Satu.

tak sempat kukutip segala di sini
setelah airmataku bergenang lagi…



kuala terengganu.

Thursday, April 01, 2010

Tuesday, March 16, 2010

Tuesday, March 09, 2010

bernama sutradara



artis:

selama ini aku bermain dengan warna-warna sehingga warna-warna ini mempermainkan aku tanpa aku sedari. terlalu lama aku hanyut dan tenggelam dalam pusaran warna yang tiada penghujungnya.aku gagal menafsir antara hitam dan putih, antara yang berwarna dengan tidak. terlalu lama aku mempersiakan anugerah kebodohanku ini. segalanya seakan sia-sia.

yang aku lukis bukan lagi keindahan tapi kebobrokan diriku yang menjijikkan. yang terpercik dikanvas adalah wajahku yang kotor, hatiku yang berdebu dan jiwa
yang tersasar. aku ingin kembali kezaman remajaku melukis dan menconteng tanah dengan penuh tulus. aku ingin kembali semula!! dan mengadili segala geraklakuku selama ini.

Monday, March 01, 2010

selamat pengantin.


biar lewat dari tidak.maap ada bizi skit

Wednesday, February 17, 2010

dedikasi buat madam teo



petang selasa didatangi madam teo dan keluarga merungkai sejarah dan salasilah perjalanan keluarga yang turut tercatat dalam peta sejarah pelayaran dan perdagangan tempatan. rasa terharu dengan komitmen yang diberikan oleh famili beliau dan sempat merakam perkisahan dan dokumen-dokumen berkaitan..

sempat menghadiahkan novel su lijah yang ada capture nama datuknya- salleh king salah seorang owner perahu besar yang masyhur. nama ah soon disebut dan kami saling
berpandangan tentang kebetulan yang sangat betul..

terimakasih madam teo n famili.

Saturday, January 23, 2010

Tuesday, January 19, 2010

anatomi i



yu bodo
chiloscyllium griseum
grey bamboo shark


"nampak muka kenal doh", kata pok roshid 68 , nelayan veteran bersungguh-sunguh.
kami suka terhingguk-hingguk.

-pemetaan budaya maritim dungun 2009.

Friday, January 15, 2010

mind your language part i

nyunyut [ nyu.nyut ?] kadj

anjal,kenyal, empuk, elastik (ttg getah, span dll)
ayat dialek : Lembek spring ni nyunyut molek ; sedap sungguh tidur
sebutan dialek: [ lёm.bёk? se.pe.Rėng ni nyu.nyut? mö.lë?se.da?sung.goh ti.do
ayat Baku : tilam spring ini sangat anjal ; selesa tidur di atasnya.

(Dewan Bahasa 1989: 870)
Rujukan : Glosari Dialek Terengganu : DBP 1997

Sunday, January 10, 2010

sri mersing part i


"selagi telinga masih dengar debur ombak, semangat ke laut tak pernah luntur"
pak usop 63 tahun, tanjong seratus, rompin.