Monday, September 22, 2008

ingatan tentang ramadhan iii

semua-pemain pemain dah siap berkumpul. ali, din boyol, mamat zorro, semail semua sudah sedia. aku yang ditugaskan bawak bola mengekori dari belakang penuh dengan semangat kesukanan.

kampong hulu membariskan pemain regularnya. saari, jamil, solah dan geng-geng keting keras sudah bersedia di padang sekolah pr. matahari baru gelecah condong ke barat. kira-kira jan 3.00 petang.

pemainan bermula.selesai .pasukan aku kalah 1-5.
“sapa ajak main bulan pose gini” kata ali selaku kapten marah-marah.
“puak-puak dia dok pose!.

di tepi telaga tanah aku lihat din boyol,mamat zorro minum air telaga cik tam. kecuali Ali. aku pun turut tergoda dengan kenyamanan air telaga tanah itu. aku teguk seteguk dua, meskipun aku hanyalah seorang penyokong.

Kami pulang buat-buat letih.

Friday, September 12, 2008

mak cik nah


seingat aku, mak cik nah adalah orang pertama kat kampung aku yang bisnes goreng pisang. dengan kayu api yang menyala ganas dan kuali yang hitam, minyak menggelegak, cik nah bersila di sisi sambil memasukkan pisang yang selesai dikoyak dalam tepung dengan sopan
" dok panah ke cik nah" sapa aku yang menunggu.."panah ke dok ke kerjaan cik nah nok cari serial samas" dia membaikki spek matanya yang besar empat segi.aku masih menunggu...
"nah amik kulit pisang ni ,dan hok ni giang mung"cik nah masukkan 4 ketul pisang nangka panas dalam kertas di sisi plastik kulit pisang.
petang ni bukan kambing aku saja kenyang tapi jugak aku.
pagi ni aku baru pulang dari menghantar jenazah cik nah ke kubur. mata aku berair memandang tempat makcik nah menggoreng pisang tigapuluh tahun dulu.
alfatihah.

Monday, May 26, 2008

kelahiran kedua - sebuah antologi puisi. rakaman karya-karya yang tersiar dimedia lewat tahun 90 an sehingga kini. dapatkan ditoko-tokoh dbp berdekatan.

Sunday, December 16, 2007

su lijah -kelahiran atau melahirkan

telah terbit dan dah terima 6 naskah percuma. dengan hidung kembang kempis dan jalan pun tak belence, naskah tersebut dibahagi-bahagikan pada pertama sang sifu, rakan karib dan musuh yang tiba-tiba jadi karib.untuk mem sendiri pun hampess. tunggu naskah 30 % yang kena beli sendiri.

terima kasih dbp dan dawama.

Tuesday, February 27, 2007

bakar matahari

natijah piknik hujung minggu. mandi-manda yang luar biasa
kulit fateha, soleha dan abahnya menggelupas dengan serius.
kat belakang fateha macam kulit ubi kayu
soleha macam kulit nipis kacang cap tangan.
tapi bahagian kepala aku yang tak ada rambut ni alahai..

suatu hari dalam kereta.
“kepala abah macam kulit bewok”
penyataan jujur budak 5 tahun

aku tiba-tiba menghidupkan air cond keparas maksima...

Tuesday, February 20, 2007

catatan buat murni,

antara deretan pohon getah dan dapur dinding zink
bau masam getah bersatu dengan garing ikan goreng
latah tok su wook menyebut itu ini diserambi
di kedai ayah teh menghabis sisa petang
dengan kuaci cap helang dan biskut ayam
kita terdewasa bersama, murni


kita berlari melompat air chor dapur
dan rebah di tunggul nyiur
gaun barebackmu tersimbah cuka kerepok
kau menangis di sisi bunga loceng dilaman
aku terdiam mengaku kesilapan
“kau jahat sabri”

murni,
sewaktu daun-daun getah menggugurkan kenangan
ku tatap poskad kota sydney berkali

“aku tak jahat lagi, murni”...



kuala terengganu.

Tuesday, February 06, 2007

assyura

adalah beras itu diibaratkan haji mat,rempah pak him, santan pak ya, manisan haji hashim, ikan mat bank negara, ayam tuan muda, kacang sabri, kacang merah fendi, ubi stela pok ya, sambal pok rani, gula che mat, dan lain-lain yang tak sempat disebutkan.ada pun mereka ini beramai-ramai terjun dalam kawah. dikacau uli sehingga menjadi bubur assyura dan masak di agihkan pada ramai orang.

kesimpulannya : menjadi ukhwah, perpaduan, ikatan kekeluarga yang bermanfaat bergabung jadi satu bagi manfaat pada orang lain.

Saturday, February 03, 2007

rm 90,000.00 menunggu.


pertandingan melukis citra terengganu &
memahat sejarah mencipta tamadun.

www.muzium.terengganu.gov.my

Sunday, January 28, 2007

tangan keras

mempelawa melebarkan bakat keseniman dalam penciptaan kraf dengan turut sama memeriahkan pertandingan reka cipta kraf 2007 .
www.muzium.terengganu.gov.my

Saturday, December 09, 2006

sehabis pesta i


hanya sampah-sampah
dan buruh yang letih
memenuhi ruang
memungut sisa riuh yang tertimbus
antara pasir dan bekas minuman

sesekali usman 48, buruh majlis perbandaran
menguis-nguis pasir memunggah lelah
mencari makna kewajaran yang melarut
di tanah pulau yang mulai reput....


mermaid island.

mung sung kap

perahu-perahu layar
kapal-kapal mewah
tv skrin gergasi
dan anak-anak gadis berambut merah
berbalam di kolah surau
saat azan maghrib.

sebutir nyiur komeng
beroleng-oleng di dada pasir...


pulau duyung
terengganu.

Wednesday, November 15, 2006

motif

aku pun tercari-cari
rupa-rupanya aku baru
berkenalan dengan pc
yang berusia lebih dari aku...

Saturday, October 21, 2006

tiga catatan ramadan

nnamat.

”terimakasih cik nah,hantar jugak lauk untuk nnamat”.
”biarlah setahun sekali“.

aku tanya untuk kesibukan yang dibuat- buat. sebagai setiausaha surau aku menjumlahkan hidangan yang dihantar untuk majlis tersebut.fahaman aku ’nnamat’ adalah singkatan menamat ertinya menghabiskan atau mengkhatamkan alquran yang telah ditadaruskan . maka berjujuk-jujuklah tenong @ mangkuk tingkat dan talam di atur didalam surau tadi untuk hidangan berbuka.

”dok susoh ke cik nah“?, aku memesrakan keadaan
cik nah jeling saja.
alis matanya yang tebal itu menjelitakan wajahnya.

manis jugak janda beranak satu ni.
kurus sikit puasa aku hari ini...


nekbat

dipanggilnya nekbat, entah kenapa tapi yang pasti kuih tradisional ini dikuatiri akan pupus jika mengharapkan kemunculannya sekali setahun di musim ramadan. seingat aku gemulah tok adalah antara barisan top ranking expertis dalam pembikinan nekbat kat kampung dulu. tepung dan telur yang diadun atau dikepuk. bunyi kepukan atau adunan persis hentak kaki wataniah di padang kawad. aku sangat terhibur.

seperti akta burung-burung liar 1979 yang diwartakan seharusnya nekbat dan lain-lain kuih tradisi ini perlu juga pada akta bagi menjana kesinambungan hayatnya dari kepupusan...

p/s : ingat semail budu yang digelar nekbat kerana mukanya yang temban...


roti bodo.

roti bodo adalah menu kesukaan yaya bila berbuka.
ianya boleh digandingkan dengan apa saja bagi menghilangkan status bodonya. dengan kopi kaw boleh. dengan sup. dengan kuah gulai. dengan abc apa lagi dengan sekaya atau majerin.

ditempat kami digelar roti bodo kerana ianya roti seroti-rotinya tanpa ada unsur lain yang bergabung. bentuknya yang tinggi segiempat dan ada bonjol sikit kadangkala dipanggil juga roti bata.

kata yaya roti bodo nnyakut sangat..
moral : kebodohan bersifat sementara..

Monday, October 16, 2006

perahu kertas

"aku bersama armada perang pertama
menimba samudera memunggah asin
sebelum bersatu dengan nuh
di bukit yudi..."

entri sulong yang sedikit keterlaluan
tapi masih sopan...