Friday, January 16, 2009

mengingati gaza



gaza i

kata zaynab
airmata dan darah terlalu murah
ketakutan telah ditinggalkan dibelakang
kerana kematian menunggu penuh siaga
di depan.

injaklah tanah kami semahumu
kerana yang pasti latief dan abu abbas
menunggu dengan lastik dan batu.

aku merindukan harum kasturi syahid
dari kedua putra ku...

kuala terengganu
jan 2009

mengaminkan doa khutbah jumaat tadi, rasa macam lain.walhal sudah tiga atau empat kali doa serupa dibaca aku tak terasa macam lain.
ku kesat airmata tergesa-gesa....

No comments: