Saturday, August 21, 2010

nota kecil manusia tanpa nama


kasih yang terputus menjarakkan kami sehingga terlontar jauh-jauh dari flat tinggi ke tong sampah, tangga masjid, kaki lima, tepi sungai antara hidup dan sebuah kematian.Hanya cacing, ulat, semut, dan anjing yang mengkhabarkan berita dalam pasrah kami tentang qada dan ketentuan

Tuhan, jangan kau hukumi wanita itu, berikan dia waktu membasuh luka kekhilafan
meski di dunia dia tak memandangku,moga nantinya dia mampu membelai rambutku.

kerana seburuk mana pun wanita itu
aku berazam mencium kedua tangan
seorang wanita bernama ibu
di syurgaMu…

wikunila ms
kuala Terengganu.

1 comment:

Ummi said...

sungguh aku begitu kagum dengan apa yang ada di jiwa mu...