Wednesday, December 16, 2009

Wednesday, December 09, 2009

dan penyair itu telah turun dari gunung i.

ekskavasi gunung bewah bermula 8 - 15 disember 2009. menganggotai team kedua bermula 21 - 4 disember 2 minggu di gua dan belantara hijau. mencari bukti-bukti kehidupan manusia pra sejarah. hujan berterusan air tasik naik mendadak. hubungan terputus langsung dengan dunia luar. berita banjir melanda lewat astro di boathouse dan selebihnya adalah mengasah bakat dalam arena memancing ikan-ikan terpilih..



gua bewah di lokasi taman negara melalui tasik kenyir 5 jam perjalanan dengan boathouse. musim hujan banyak ikan-ikan terpilih kecundang di tangan pemancing jadian serta kelah masak stim yang sukar dilupakan..fuyooo.

Wednesday, October 21, 2009

jikalau tuan pergi ke dungun.


dungun, sebuah pekan yang romantis, suasana dan masyarakatnya seperti menggamit nostalgia lama. pantainya yang bersederhana dan jalan lorong yang bersetiakawan. teluk bidara yang manja dan seberang pintasan yang sopan.

memanfaatkan kunjungan berada di tengah-tengah lambakan buku-buku dbp lama dari era 70an ditoko wan ariffin dengan harga istimewa.

di gong pasir, mak mek da terbunuh dirompak penyangak!

Sunday, October 11, 2009

Sunday, October 04, 2009

pun ada reject gallery



telah dibuka pada publik.
jom ke www.rejectgallery.blogspot.com

Tuesday, September 22, 2009

memandang langit dengan mata berkaca;telah pulang sang ramadhan, kata syawal

sewaktu melangkah tak pun kau melambai
tak juga aku sempat ciumi tanganmu
seperti terpinga-pinga
yang tinggal hanya aku yang menguis-nguis
mencari sisa kehadiranmu

ramadhan,
kita tak sempat bercinta lagi
di musim ini

Tuesday, September 08, 2009

ulangtahun.



setiap september ada satu bunga akan dihantar ke opis dari syarikat bunga dari mem dan segera mengingatkan aku yang selalu lupa. opismate jeling jelous dan teruja.

"kali yang ke berapa sab? tanya opis mate yang isteri orang
"entah kau tengok sendiri pada kad"
"nanti, balas balik dengan apa? coklat ke bunga?"
"tak. ikan dan sayuran!"
"ceh!

Monday, September 07, 2009

kolaj ramadhan





sira pisang + nekbat + air mata kucing = 1ramadhan

Wednesday, August 19, 2009

putu,marzuki dan mak engku yang masih basah di babak kelmarin



produksi bila malam bertambah malam karya putu wijaya arahan marzuki ali 1989 di dewan konvensyen wdi. karya yang mengadaptasikan iklim tempatan dengan pemain-pemain dari peserta bengkel akting.

pemain; zainal rashid ahmad - pak awang
umi kalsum ahmad - mak engku
nadhira - mak nang
slamet rahardjo - tengku putra

pak awang : serahkan senapang itu tengku!
tengku putera : tidak !ini senapang patekkkkk!!!
pak awang bohonggggg!!!!!

bakar dan chemang bergolek bahang ssuka belakang stages.

Sunday, August 16, 2009

pagi ahad dan sebuah puikas.



abstrak

itu cinta
yang kulukis
dengan suara
pada kanvas
yang tak pernah
ada..

- mawarhitam yang sendiri.
sajaksajakterpinggir.blogspot.com

ahad menjadi penuh dan bertenaga.

Monday, August 10, 2009

mengenang bapak ws rendra



mengenali sajak2 sepatu kecil
mengenali maria zaitun
mengenali bonnie dan bluesnya
mengenali kelaparan dan burung gagak
mengenali burung kondor dan pamplet-pamplet
mengenali paman jobang

mengenangmu bapak.
alfatihah

Sunday, August 02, 2009

kepada sab

kau meminangnya di wilayah tanpa kembang
dan memaksa menjadi ibu kepada anak-anak di luar musim;
benih cinta yang kautinggalkan di rahim langit
menggelongsor menjadi bait puisiku
gerimis yang kita kutip masih basah dicelana bukan?

meskipun nama kita serupa
tapi aku tak pernah menyebutnya
dengan sempurna

sab,
maafkan kerana kujabatimu
dengan tangan kiri...

Monday, July 20, 2009

menebak kebarangkalian



mayat seorang perempuan
dengan selembar pesan di tangan;
aku tak butuh puisi-puisimu
dan cintamu yang fiksi..

- nersalya renatta
60 puisi terbaik indonesia 2009

Tuesday, July 07, 2009

kerdil

merasa kerdil ditengah khalayak memang menjadi lumrah.di tengah orang banyak yang bercakap soal-soal besar, memilih menjadi pendengar menjadi pilihan yang utama.sehingga terkadang dilebelkan sebagai pemalu dan rendah diri.apalagi bila berhadapan teman dan kenalan yang memiliki nama besar dengan kebolehan yang sudah teruji.

banyak yang perlu dipelajari.
aj dan shahrul terimakasih atas waktu aok..

Tuesday, June 23, 2009

membaca sunyi pada sebuah kei

kei itu tidak lagi menyanyi
tuannya telah pergi
setelah usianya
digenap Tuhan

dan sehelai songket beragi
jadi kenangan abadi..


p/s: mama dalam kenangan
Tuhan mencucuri..

Sunday, June 14, 2009

sajen

lama benar tak menjejaki laman-laman kegemaran dulu. diesastera ditemui karya-karya lama..dan aku kembali senyum ala tom cruise.


mencintai bibah.

mencintaimu bibah
bererti aku harus bersedia
membancuh kering rusukku
dengan kilo kolesterolmu
dan menukar kapcaiku
dengan myvi baru.

bibah,
aku akan berusaha mencintaimu
sungguh-sungguh..

Tuesday, June 02, 2009

director uncut version



the last man standing..
r u still there?

Sunday, May 31, 2009

antara amy search dan idrish.




konsert search di awan biru distadium.mula-mula dah tengok online tiket.wow rm 58.38. aku telan liur pelan-pelan. digiant ada kaunter tiket rm 38.00. aku telan liur dan sempat belek-belek tshirt.

“burn, pas percuma search di awan biru”
“maaf aku belum jual kucing lagi” kata burn
“ciss!”

“ustaz, amy search kat stadium, jom kita mengimarahkan stadium”,
“cikgu denang jom konsert di stadium, saja ambik angin dulu-dulu”

hampa.tak ada feed back. petang itu aku lepak ambik angin tengok search test sound.bergegar bunyi.aku kembali ke era rock kapak. jumpa sobat rocker dari kb.
“tok guru tak benarkan konsert kat kb, gua semua datang sini laa beb”suaranya penuh semangat rock kental.
“lu jangan tak datang malam ni, gua dari jauh datang.
“ok-ok”
di rumah idrish pulak meragam. demam nya belum sembuh sepenuhnya

malam ini dengan tshirt search aku hanya rock dengan lagu idrish saja.

p/s ; cinta sepi mengingatkan aku pada anne kosetyowati nuhandar

Wednesday, May 13, 2009

kerja sedap

“mengajilah rajin-rajin besar nanti boleh ‘kerja sedap’” pesan tok su waktu kecik-kecik dulu. imaginasi waktu itu berwarna macam-macam dan yang jelas tak faham langsung istilah tersebut.

kerja sedap merujuk pada suasana tempat kerja yang selesa, ringan juga imbuhan yang lumayan. begitu kira-kira tafsiran istilahnya bila sudah besar.

“sekarang dah dapat kerja sedap”?sapaan biasa bila berjumpa teman lama.

aku : syukur kena banyak kita dah dapat kerja walaupun tak berapa sedap
burn : (mengangguk, entah setuju entah tidak)
aku : bukan dulu pernah kita tangkap kucing jual kat sarkas?
burn : ciss!!

Monday, May 11, 2009

once upon a time ii



lempeng makanan tipikal kampong masih segar dalam ingatan. lempeng panas sangat sedap digabungkan dengan gula, kuah gulai atau ikan kukus. .inilah satu menu yang sempurna dan seimbang dikala bulan dua belas. tengkujuh dan lempeng satu sinonim dalam kehidupan kami. sarapan lempeng, lunch lempeng hatta dinner pun dengan lempeng.
lempeng digulung dengan gula dan dimakan sambil berjalan sungguh stylish waktu itu.

“pagi lempeng, tengahari lempeng dan malam pun lempeng, nanti kepa la pun jadi besar dari tubuh” kata nordin yang dikenali sebagai lempeng. Sapa tak kenal nordin lempeng hatta dikepalanya pun ada lempeng.

Aku juga jadi teringat pada chek
Selamat hari ibu.

p/s: ditempat kamu lempeng dipanggil apa mbak?

once upon a time i




idola yang tak pernah luntur dalam diri waktu kecil. waktu darjah tiga hingga empat sangat membara dalam diri sehingga begitu sibuk sekali untuk menukar nama kepada nama beliau. sangat bersungguh-sungguh bertanya orang itu ini bagaimana caranya untuk menukar nama tersebut.

idea ini terbantut serta-merta bila ditegur oleh bakar torok

“ molek nama bruce lee bin muda?”


waachaaaa...
torok thank u.

Sunday, April 26, 2009

tiba-tiba kita jadi dekat










musolla berkunci
seorang lelaki bertasyahud
beralas sweater
dengan airmata
yang tak sempat
mengalir
di tangga..

kuala terengganu
jan 2009

Wednesday, April 22, 2009

nasi goreng ikan aya kukus




Nasi goreng ikan aya kukus atau nama penuhnya ikan tongkol satu menu penuh elitis dan sentimental. Gabungan pedas masin dan masam sungguh ‘sempurna’.
Tadi pagi sewaktu suduan pertama masuk ke mulut.Aku kembali ke usia delapan tahun. Bersandar dipapan dinding tak berketam sesekali menyiku dan menguis kaki semek dan bogong.
Aku tak jadi suap lagi.
Aku jadi teringat pada chek.

Saturday, April 18, 2009

Thursday, April 16, 2009

sobat

Setelah 23 tahun.
Tiba-tiba dia muncul. Saiz badan sudah berubah bersekali dengan umur.personaliti banyak berubah dan mewah dengan pengalaman hidup yang pelbagai.
Seorang sobat, segala boleh berubah .
Namun senyumnya tetap sama..

Tuhan memberkati kamu, Amin.

Wednesday, April 15, 2009

masa berkualiti

Memanfaatkan masa berkualiti. adam,fateha dan soleha diajak ke perpustakaan.memasuki ruang kanak-kanak membaca. Ada kanak-kanak meniarap berbaring sambil membaca. Santai sungguh. soleha baca buku puteri-puteri ,fateha menemaninya sambil meniarap. Ada tiga kanak-kanak lain sebaya di satu penjuru. Aku merebahkan badan sedikit. Sambil bertopang kepala. Sekejap semua jadi gelap.
fateha mengejutkan aku tergesa-gesa.
sewaktu beredar pulang kanak-kanak kecil berbisik sesama

“pakcik tu bunyi macam singa”.. ..

Sunday, March 29, 2009

bersahabat dengan alam



xpedisi tasek kenyir, satu aktiviti berprioriti tinggi menuntut semangat dan persefahaman yang padu.sebagai acara tahunan yang mendapat sambutan. dari jeti jenagor berhouseboat 4 jam ditasek buatan hingga ke sungai kerbat mencipta pengalaman yang sungguh berbeda. nyaman dan tenteram



sang giant snakehead yang tewas di tangan pemancing semi amatur. tahun ini ada satu trip dijadual bulan jun or julai. ada yang mau ikut..sila angkat tangan weiihhh..

Sunday, March 15, 2009

jalan-jalan makan-makan







acar perut lembu - masam-masam masin
haruan gulai belimbing buluh - snakehead tu..
daging gulai kawah dan buah ara - menyelera

sewaktu mahu merentasi titiwangsa
singgah di warung kecil di pinggir jalan
menu tipikal kampong yang segar..

Saturday, March 07, 2009

redha ii



sewaktu kecil, tak pernah diingatnya
begini akhir noktah penghidupannya.
tapi dari matanya yang bulat hitam
ia tetap redha atas segalanya..

makhluk kecil tapi besar manfaatnya
kita?

Monday, February 23, 2009

trengganu speak



antara ikang,ikan dan ike.

loghat dan sebutan merujuk kepada
bentuk fizikal dan kuantiti sesuatu.
mungkin ini yang disebutkan oleh Abdullah,
sang pelayar dalam hikayatnya menceritakan
tentang loghat percakapan orang terengganu
sewaktu mendarat di sini.

makang,
di sini juga mencatatkan kadar
obesiti dan diabetes yang tinggi.

hujang,
tengkujuh tak ada tahun ni
hanya hujan saja…

benar kah begitu?

Sunday, February 15, 2009

mewarna februari dengan cinta



nona julai 1997

puisi ini juga turut bersama tujuh dulang hantaran kahwin
ke rumahmu dan sekarang ia masih tergantung di kamar..
tapi di kamar fateha... ha..ha.

nur, takkan luntur cinta ini.

Tuesday, February 03, 2009

last breath

ini bukan nasyid baru
Ini baru nasyid

ahmad bukhotir,
syukran jazilan.


Monday, February 02, 2009

labour room 24 jan 2009



ada darah
ada tangis
ada rintih
ada air mata
yang enggan keluar

sekeping doa terapung dalam diam
“nur, aku akan memperbaharui cintaku
sungguh…

Friday, January 16, 2009

mengingati gaza



gaza i

kata zaynab
airmata dan darah terlalu murah
ketakutan telah ditinggalkan dibelakang
kerana kematian menunggu penuh siaga
di depan.

injaklah tanah kami semahumu
kerana yang pasti latief dan abu abbas
menunggu dengan lastik dan batu.

aku merindukan harum kasturi syahid
dari kedua putra ku...

kuala terengganu
jan 2009

mengaminkan doa khutbah jumaat tadi, rasa macam lain.walhal sudah tiga atau empat kali doa serupa dibaca aku tak terasa macam lain.
ku kesat airmata tergesa-gesa....

Thursday, January 08, 2009

kesah suar kecik

suar kecik cap forest aku telah memasuki usia emas bagi spesisis-spesis yang sewaktu dengannya.berpadanan dengan usianya itu, maka satu kesan artistik luar jangka telah berlaku. ada lubang-lubang.bulat-bulat dan jalur dan panjang-panjang.

mem membebel panjang

"ini adalah manifestasi dunia kehidupan aku yang tak ramah dulu"
aku mempertahankan tindakan.
semakin mem membebel semakin
sayang aku dengan suar kecik tadi

ia memiliki nilai sentimental yang sempurna...